Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Love Is Simple

Wednesday, August 20

Nasihat itu Perlu, Tapi biarlah kena pada Caranya.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

  Diharapkan semua dalam keadaan yang sihat dan diredhai Allah. Apapun yang berlaku biar jadi pengajaran. Sebelum aku memulakan tajuk entri hari ni, Jum cek diri ? Kita tengok sama ada kita ni dah betul betul mampu untuk kuat dengan segala rintangan sebelum menjadi penguat bagi yang lain. Aku rasa aku masih belum mampu untuk itu. Untuk pertama kalinya aku merasa diri aku sebagai beban yang berat bagi yang lain. Entah kenapa ye ? Sungguh, aku tak mampu untuk baca dan memahami hati yang lainnya.

  Aku belajar tentang sesuatu hari ni. Tentang tidak meletakkan harapan pada sesuatu yang tak pasti, yang samar samar untuk dicapai. *mengeluh* . Bukannya aku tak mampu untuk menerima nasihat mahupun teguran. Cuma, bijaklah dalam menyatakan dua item tersebut. Aku akan cuba perbaiki semampunya. Tidak kiralah yang ditegur ataupun yang dinasihat tersebut adalah lebih muda. Kadang kadang manusia lebih melihat kekurangan orang orang di sekeliling berbanding kekurangan yang terdapat pada diri sendiri. Nasihat dan teguran yang diberi secara terus adalah lebih berkesan berbanding melalui orang tengah. Tak perlulah sehinggakan menjatuhkan air muka orang lain.

  Andai benar tujuan tersebut hanya untuk memberi pengajaran pada yang lain, perlulah lebih berhikmah menuturkan pesan. Bukan dengan cara yang kasar dan menyakitkan. Ini hanya akan menjatuhkan semangat orang yang dinasihat. *mengeluh lagi* . Setiap orang hatinya lain lain. Tak sama. Nasihat dan menasihati itu baik, cuma biarlah kena dengan caranya. Dalam Bahasa Arab sendiri menyatakan nasihat tersebut bermaksud yang dinasihat tersebut akan mendapat faedah dari nasihat yang diberi. Jelas di sini perkataan yang dituturkan dalam memberi nasihat tersebut mestilah terbaik dan ikhlas dari makna yang tidak baik.

Antara adab adab dalam menyampaikan nasihat :

·         Meluruskan niat sebelum menasihati.

·         Menjaga ukhwah semasa menasihati

·         Bersih hati semasa menasihati

·         Memikirkan cara yang terbaik untuk menasihati

·         Memberi waktu dan kesempatan

  Harap entri kali ni dapat beri manfaat pada yang membaca. Andai si dia masih belum mampu menerima nasihat, beri ruang untuk dia mencuba. Jangan memaksa sehingga dia merasa tertekan. Cukup dengan menunggu dan menyerahkannya pada Allah. Sama sama kita cuba dalam memperbaiki diri.

                                                LLLLLLLLLLLLLLLLL

Wassalam . .

0 NoTa HaTi:

Post a Comment

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.